-Ya, memang post kali ini agak berbunyi pelik tapi, ini hakikatnya. Aku banyak melihat orang-orang Malaysia (Melayu) yang menjalankan perniagaan hanya separuh jalan. Baru nak naik dah kena caras. Ya, memang kesian. Jadi banyak langkah yang aku telah fikir ( logik atau tidak cerita lain) bagi melariskan produk kamu. jadi ayuh!
1. Jangan guna nama kamu sebagai nama perniagaan ( Melayu terutama)
- Aku tahu, ini boleh mengubah persepsi kamu terhadap aku. Kamu boleh kata aku seorang pengamal iconoclast, tapi pedulikan aku cuma mahu bagi nasihat. Kamu bayangkan kamu mahu memulakan sebuah francais makanan Amerika tapi kamu menggunakan nama " Zainal berger dan ciken cop". Adakah perniagaan kamu berpotensi untuk diangkat untuk menjadi sebuah francais yang berjaya? Aku rasa tidak.Dengan nama sebegitu primitif susah untuk perniagaan kamu survive lebih lama.
2. Yahudikan produk kamu jika perniagaan kamu sudah terlalu besar
- Faham? bukan maksud aku untuk kata kamu seorang yahudi, tapi maksud aku kamu perlu buat sesuatu supaya pelobi-pelobi Yahudi akan menyumbangkan dana untuk kamu meneruskan francais kamu ( macam aku kata, logik atau tidak cerita lain). Sebagai contoh kamu tukarkan nama kamu dari Zainal Karim kepada Zachary Kartman.Kamu juga boleh menambah beberapa features Yahudi / illuminati seperti all seeing eyes serta skull and bones. Kamu mungkin tidak disokong oleh orang Muslim, tapi setidaknya kamu boleh mendapat dana daripada keturunan Adam Weishaupt dan keluarga Rockefeller.
3. Santau produk pesaing kamu
- Aku rasa ini tidak perlukan penjelasan.
4. Mungkin kamu boleh cuba berniaga sesuatu yang baru.
- Ya, memang aku kehabisan idea untuk menulis.
No comments:
Post a Comment