Wednesday, 21 November 2012

Rebiu 2012

Ya,tahun yang dikatakan sebagai tahun penghujung umur alam sudah hampir ke hujungnya. Mungkin pada kamu, rebiu ini terlalu awal kerana sekarang baru bulan November. Tapi ini laman aku ke laman kamu? jadi tak ada masa untuk aku peduli. Tangan pun sudah benar-benar miang untuk menulis ( walau secara literalnya menaip ). Jadi ayuh tinggalkan dunia logik kamu dan masuk ke dalam perangkap ideologi aku yang benar-benar akan memintalkan akal kamu seakan pretzel.


1. Bola Sepak

- Sabar dahulu. Jangan hempuk kamu punya Macbook,Ipad,komputer riba, PC,atau Alienware kamu yang dibeli dengan harga Proton Kancil secondhand. Aku pun sebenarnya sedang berfikir tentang apa yang dah jadi pada pasukan Bola Sepak negara. Tapi sebenarnya bukan pasal pretasi mereka yang aku mahu bincangkan ( memandangkan minat aku telah teralih kepada berbasikal sejak rumah aku tiada pakej sukan astro ), tapi mengenai perangai dan tabiat segelintir penyokong bola sepak tempatan yang suka menjerit-jerit macam kemaluan disengat lebah. Sedikit over  sebenarnya pada aku untuk mengejek pasukan luar dengan ejekan berbaur perkauman dan maki hamun yang menyakitkan telinga. Tapi jika aku fikir daripada sudut yang lebih cerah, mungkin mentaliti orang Malaysia dah setaraf dengan peminat fanatik pasukan-pasukan dari England yang suka memaki hamun pasukan lawan selagi boleh orang kata. Tapi konklusinya, suasan stadium masih kurang sihat untuk kanak-kanak. ( Aku baru pertama kali masuk ke stadium untuk menonton bola sebenarnya haha ).


2. Pelajaran

- Bila bercakap pasal pelajaran, rasa benci pula. Entahlah, menyampah aku mahu komen. 2012 bukan tahun yang baik bagi pelajaran aku.


3. Fesyen

- Bukan lah nak mengaku yang aku ini seorang alpha hipster atau golongan yang terlibat secara langsung dalam trendsetting atau industri fesyen, tapi sekurangnya aku punyai ideologi dan citarasa fesyen kurang mengarut berbanding budak Pavilion. Apa yang aku lihat,  fesyen seluar ketat senteng semakin dengan boatshoe hampir ditinggalkan. Yang tinggal kebanyakannya mengenakan loafer, Vans atau kasut sukan kurang rempit dipadankan bersama seluar ketat yang senteng dan stokin dengan design tribal atau sekadar yang berwarna fancy selain merah jambu.Selipar dengan rekaan ala zaman roman 
oleh Birkentock pun ramai dipakai golongan hip mahupun golongan mat rempit. ( Ini bahagian paling aku benci bila cakap pasal fesyen sebab aku pengguna Birkenstock separuh asli dibeli di Danau Kota. Haih ).


4. Mentaliti orang Malaysia.

- Baru-baru ini.Aku lihat ramai orang Malaysia melenting sebab serangan Israel tempoh hari. Ramai pula yang aku lihat macam syaitan tiba tiba jadi alim di laman Twitter. Boikot sana sini. Kadang-kadang benda yang mereka boikot tak ada kena mengena langsung dengan Yahudi, tapi sengaja mahu tunjuk macam mereka seorang ada otak. Lebih ironi, ada yang boikot kaw-kaw produk Yahudi di Facebook. Sedangkan Facebook ialah hasil perah otak Mark Zuckerberg. Ya, dia Yahudi.