Saturday, 14 December 2013

Kita semua kena bohong dengan kekeliruan kita sendiri.

Haritu aku jumpa ada seorang lelaki Melayu dalam lingkungan usia 30-an yang berpakaian macam seorang dengan latarbelakang pendidikan yang bagus. Aku tak kisah langsung pasal semua itu. Tapi, apa yang buat aku rasa geli hati dan rasa bodoh ialah cara dia bersembang pasal Conspiacy Theory dengan rakan dia dengan gaya seolah-olah dialah penyelamat bangsa dan dia tahu segalanya mengenai Yahudi dan peranan bangsa tersebut dalam memonopoli ekonomi dan tamadun dunia. Berikut ialah dialog yang telah terjadi diantara dua individu tersebut.

            "Sebenarnya, kita semua dah kena conquer dengan Yahudi."

            " Eh yeke? Macamana kau boleh tahu ni?"

            " Sebenarnya dalam Yahudi ada satu organisasi yang bernama "Illuminati". Diorang
               dah tapau semua. Ekonomi, politik, dan macamana lagi. Kau tak pecaya kau 
               tengok duit Rm10 ni ada segi tiga dengan bulatan di tengah. Itu lambang "Illuminati" tu"

             "Ooo yeke. Cerita la lagi pasal "Illumimati" ni"

             " Dia ada banyak benda blablablablabla segi tiga blablablablabla Rothschild blablablab
               blablabalablabla Goldman Sachs blablabla Dajjal (bercerita sambil minum Caramel Frappe dari 
               Starbuck)"

 Belum sempat lelaki berusia lingkungan 30-an tu habis dia punya Tausiah, aku terus blah sambil gelak. Gelak sebab dia mahu tunjuk pandai dengan mengaitkan macam-macam benda pasal Yahudi dan Illuminati dengan Melayu dan Islam. Nak je aku cakap "Sudah-sudahla bang, jangan tunjuk pandai. Saya umur 15 dah lepu baca Conspiracy Theory."

OK. Mari kita ke tajuk sebenar yang mahu aku diskusikan. Jari jemari sudah bersedia, otak sudah kosong. Let's roll!

Aku sebenanya suka baca pasal benda yang berkaitan dengan sosio-politikal, isu-isu terkini, muzik, trend dan macam-macam lagi termasuklah perkara-perkara paradoks fasal macam-macam benda termasuklah teori kewujudan Dinosaur, Teori Charles Darwin dan Teori Big Bang. Tapi, Teori yang telah bagi aku suatu rasa yang sangat Mindfuck ialah The Grandfather Paradox yang membahaskan kebenaran The Time Travel Theory  (Lihat, aku belum terangkan lagi pasal teori ini, aku sendiri sudah rasa pening). Tak pernah dengar dan tak pernah tahu pasal apa itu The Grandfather Paradox?. Baiklah, biar aku terangkan serba sedikit.

Katakanlah ada seorang lelaki bernama Ali yang mempunyai wajah yang hodoh, tak boleh pakai seluar skinny dan berkelakuan camsial. Wajahnya yang hodoh dan perilakunya yang camsial itu dikatakan berasal dari datuknya bernama Dollah "Wushu" yang turut berwajah hodoh serta berperangai camsial. Tapi, Ali merupakan Mahasiswa lulusan Master dari Universiti Harvard.

Justeru, pada suatu hari, Ali terfikir:

"Kalau lah atuk aku dulu mampus sebelum dia kahwin, mesti nenek aku tak kahwin dengan dia, dan aku pun tak akan jadi camsial macamni"

Lepastu, Ali pun berazam untuk mencipta sebuah mesin masa supaya dia boleh mengembara ke zaman silam supaya dia dapat melaksanakan misinya; membunuh Dollah "Wushu", atuknya yang camsial di zaman remajanya, supaya dia tidak dapat kahwin dengan neneknya, Timah "Roket". Lalu diapun pergilah membeli segala jenis buku yang berkaitan dengan hukum Fizik. Archimedes Principle, Benoulli's Principle, Faraday's law dan bermacam lagi ilmu Fizik walaupun ada sebahagiannya tidak berguna langsung bagi melaksanakan misinya. Asalkan Fizik.

Jadi, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Mesin masa yang sangat futuristik yang diberi nama 4LI-BaNg4Ng telah dicipta dan Ali pun terus menggunakan mesin itu bagi melaksanakan misinya.

"ZAAAAAAASSSSSSSSSSSS"

Mesin masa 4LI-BaNg4Ng tiba di tahun 1950. Pada masa itu, atuknya Dollah "Wushu" yang berusia 15 tahun sedang melakukan Yoga di kampungnya. Secara senyap seolah-olah seorang Ninja, Ali cuba membunuh atuknya dengan menggunakan sebilah pisau Rambo dengan menikam atuknya dari belakang.

Sebaik sahaja Ali menghayun pisau Rambonya, tiba tiba dia terfikir;

" Kalau aku bunuh orang tua camsial ni, dia tak kahwin dengan nenek aku. Kalau dia tak kahwin, maka bapak aku takkan lahir. Kalau bapak aku tidak dilahirkan, sudah pasti aku tak akan wujud. Kalau aku aku tidak wujud, maka mesin 4LI-BaNg4Ng tak akan tercipta. Kalau mesin tu tak dicipta, maka misi aku untuk membunuh datuk aku tak akan berjaya!" 

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Cancel lah macamni! Camsial!" Teriak Ali yang ternyata kecewa.

Lalu Ali pun berlari anak-anak ke mesin 4LI-BaNg4Ng sambil menangis kerana dia baru tersedar yang dia akan jadi camsial selama-lamanya.

OK. Sudah dapat gambarannya? Kalau dapat, bagus. Kalau tidak, pergi mampus. Ternyata yang kamu memang bebal dan baghal. Maaf kalau terkasar, aku cuma berlaku jujur.

Tapi, aku ada lagi satu berita yang paling mindfuck gila babi. The Grandfather Paradox bukanlah perkaa yang mahu aku diskusikan!

Sebenarnya, apa yang mahu aku diskusikan ialah pasal The Hipster Paradox (Istilah ini hanya rekaan semata-mata). Jadi, apa sebenarnya The Hipster Paradox ni? 

Mari sini aku cerita.


Pernah dengar tak orang cakap " Hipster tak akan pernah mengaku dia Hipster" ? Jadi siapa sebenarnya Hipster?

Kalau ikutkan Wikipedia, Terminologi Hipster diadaptasi dari golongan Hippies yang wujud pada tahun 60-an. Hipster ni jika dilihat betul-betul adalah segolongan manusia yang menghargai seni, muzik-muzik yang lebih menggunakan kemahiran mengendalikan alat muzik seperti gitar, dram, keyboard dan macam-macam lagi. Golongan ini juga sering terlibat dalam menetapkan sesuatu trend dalam pelbagai aspek seperti fesyen, muzik, dan seni. Namun, apa yang aku lihat sekarang masyarakat masa kini telah tersalah tafsir dan terlepas pandang makna Hipster itu sendiri. Asal seluar senteng je hipster, asal bela jambang sikit hipster  ( Wak Doyok bukan Hipster, dia ialah Sartorialist. Sila take note). Hipster bagaimanapun lebih gemar melakukan sesuatu yang orang lain jarang buat seperti dengar lagu genre Psychedelic Rock, Math Rock, Post-Punk dan Post-Rock. Kugiran seperti Radiohead, Tame Impala, Sigur Ros dan The Temper Trap menjadi pilihan kerana muzik mereka yang timeless Taste mereka terhadap muzik juga berbeza. Tidak terhad kepada muzik, golongan ini juga turut membawa kelainan pada bidang fesyen. Jenama kegemaran sudah tentu Supreme, New Balance, Converse, Vans, Nike dan beberapa jenama lain. Golongan ini juga sebenarnya gemar membalas pertanyaan dalam bentuk sindiran atau sarcasm, serta berkelakuan seperti seorang yang tiada ilmu sedangkan mempunyai Ijazah dalam bidang Thermonuclear. Dan sebenarnya, gurauan yang kamu lihat di internet yang menolak golongan hipster ini sebenarnya ditujukan kepada failed hipster. Kamu sahaja yang tidak faham sarcasm serta keldai lalu turut serta bahan-bahan hipster.

Sudah, mari kita ke part yang akan jadi lebih mindfuck.

Berkenaan pernyataan "Hipster tak akan pernah mengaku dia Hipster" mari aku ceritakan sedikit.

Ada dua orang, lelaki Amin dan Aiman. Amin memang betul-betul hipster dan Aiman jenis buat apa yang hipster buat seperti pakai Camp cap Supreme dan dengar lagu Radiohead.Tapi kutuk hipster. Ini mungkin dialog yang mungkin terjadi;

" Wei Aiman, kau jangan jadi bangang la nak jadi hipster. Dekat amareka sana diorang kena kutuk kau tau tak! (sambil tangkap gambar makanan untuk dimuat naik ke Instagram menggunakan Iphone 5)" 

" Eh, hipster  tu apa tak tau pun?" (sambil lipat skinny jeans dan dengar lagu Tame Impala.)"

" Buto la kau bukan hipster. Tu seluar tu?"

" Habis, kau tak hipster? Tu Camp cap Supreme? Kau bukan minat Thom Yorke ke?
" Eh, mana ada lah! aku bukan hipster lah!"

Pertengkaran itu berlarutan sehingga ke lewat malam dengan hujah yang sama berulang-ulang.

Jadi, siapa sebenarnya hipster? adakah Amin kerana dia merupakan seorang hipster tapi tak tahu apa itu hipster atau Aiman yang buat apa hispter buat tapi tetap kutuk hipster? adakah sesorang itu menjadi seorang hipster dengan menafikan dia adalah seorang hipster bila dituduh sedemikian? adakah seseorang itu menjadi hipster dengan mengaku dia adalah seorang hipster dengan niat dia dianggap bukan hipster jadi dia boleh jadi hipster sebenar? adakah seseorang itu terbatal iman hipster nya dengan menafikan dia adalah seorang hipster lalu orang boleh anggap dia hipster seterusnya dia boleh berbangga dengan sifat hipsternya lalu dia terasa begitu hipster sehingga dia mengaku dia seorang hipster? adakah seseoang itu menjadi hipster jika dia buat-buat tak tahu dia seorang hipster dan tidak berborak langsung pasal hipster jadi dia akan dianggap seorang hipster?


Jawapannya, bergantung pada apa yang kamu lakukan. Perkara ini terlalu paradoks dan terlalu abstrak serta terlalu banyak pro dan kontra nya. Aku sendiri tak pasti sama ada aku ni seorang hipster  ataupun aku ni anti-hipster. Mungkin juga dua-dua tidak.




Eh, kejap. Aku ni hipster ke?





               














               

Saturday, 5 October 2013

Pemberitahuan paling tak penting dalam sejarah.

Aku rindu nak menulis. Tapi masalahnya otak aku masih gersang dengan idea bernas berikutan aku ada banyak masalah perlu diselesaikan dan difikirkan berbanding membuat pemerhatian terhadap kelakuan manusia sekeliling aku. Cuma kebelakangan ini aku lebih banyak menghabiskan masa menangkap gambar gaya-gaya Rayyiu Radzi, belajar dan mengarut di laman sosial kegemaran kaki kritik macam aku, Twitter. Tapi semua masih menemui jalan buntu. Tidak produktif.

Eh, babi betul. Tulisan aku makin sampah.

Apa dah jadi dengan aku?

Saturday, 22 June 2013

Bahasa / istilah baru yang muncul ikutan populariti Twitter yang mendadak.

Kadang-kadang, aku ada terasa macam lelaki bodoh yang suka memerhati tanpa sebarang tindakan susulan yang akan aku lakukan selain menulis. Ya lah, dah lah tak memerhati secara hampir-hampir teliti, tak dibayar pula. Sial betul. Tapi aku peduli apa, ini memang sifat aku dari kecil. Perhati dan fikir dalam hati.


OK. Mari ke tujuan asal.


Memandangkan aku masih muda dan berdarah panas, sudah tentu sifat inkuiri dan mahu cuba sesuatu yang baru itu tinggi. Dari perkara positif sampai ke negatif. Merokok, belajar dekat tempat yang ada wifi, main basikal tanpa brek, anti-kerajaan, anti kepada norma masyarakat sendiri, bagi bunga dekat perempuan pada waktu malam ( Hahahahaha ),cuba-cuba berpolitik secara kecilan, menoton video lucah dengan rakan-rakan, belajar untuk godam untuk mendapatkan premium access ke laman web lucah berdefinisi tinggi dan macam macam lagi.


Dan satu lagi, laman sosial. Yang aku pasti budak-budak sebaya dengan aku memang suka meninngkatkan sifat inkuiri sendiri untuk mencuba laman-laman sosial yang akhirnya menjerat ( untuk pelajar sekolah amcam aku lah ). Dari zaman MySpace sampai ke Keek ( aku benci " hi keekers!" ) sampai lah ke Instagram dengan format video. Jadi hari ini aku mahu tunjukkan kamu sedikit bahasa / istilah baru yang muncul sejak populariti twitter meningkat.


1. This.

- Aku sendiri kurang pasti kenapa perkataan ini digunapakai untuk mengganti perkataan "agree" dan "setuju" yang popularitinya semakin merudum, walaupun aku sendiri kadang-kadang pakai. Mungkin sekali this tampak lebih cool atau menunjukkan benar-benar setuju tanpa sebarang bantahan. Entah lah. Aku sendiri kurang faham kenapa....


2. Sia.

- Sebenarnya, istilah ini merujuk kepada "sial" dalam bahasa Melayu ( Yang digunapakai di Malaysia ). Cuma istilah ini digunakan di Singapura. Dan bukannya baru, tapi dah lama. Cuma sejak populariti laman sosial Twitter semakin mendadak dan ramai orang Malaysia terutama remaja yang suka mengikut-ikut serta orang Singapura yang telah menguasai populasi twitter sebanyak 56. 88 % ( anggaran kasar dan rawak ), maka ramai lah yang menggunakan istilah sia dengan beberapa alasan; huruf "L" pada keyboard telah hilang, malas mahu taip panjang-panjang dan mahu nampak cool dengan mengikut trend. Bangang-bangang je.


3. Siakk

- Sebenarnya, istilah ini adalah istilah yang digunakan secara tak sengaja. Huruf "L" secara tidak sengaja ditukar kepada huruf "K" memandangkan kedua-dua abjad terletak sebelah-menyebelah. Tapi, jangan terkejut kalau aku kata ada yang sengaja. Kononnya untuk mengelakkan kekasaran bahasa, tapi lain yang jadi. Bodoh yang nampak. Lagi bodoh bila ada yang cakap ( bukan taip )" siak" in real life. Macam aku kata awal tadi, ini semua kerana malas mahu selidik dan mahu nampak cool.


Jadi ramalan aku, istilah-istilah baru mungkin akan muncul dengan lebih banyak. Dan lebih mengarut. Tunggu sahaja dan kalau benar-benar terjadi harap kamu dapat sembah aku macam aku ini ahli politik yang kononnya mampu selamatkan negara dengan hanya mementingkan kaum sendiri. Adios!

Saturday, 1 June 2013

Hahaha?

Kesian juga kadang-kadang aku lihat bila ada orang buat lawak,tapi hambar. Tiada sesiapa yang gelak. Yang ada cuma bunyi  cengkerik atau kenderaan lalu lalang. Lagi malang kalau ada kawan-kawan yang jenis suka majal, buat bunyi cengkerik guna mulut. Dan cakap secara direct "Hambar bodoh lawak kau". Lepastu semua gelak. Gelakkan kebodohan kamu melawak. Jadi, kali ini aku mahu bagi kamu garis panduan yang mungkin pendek, tapi mungkin boleh jadi berguna (memandangkan kebanyakan post aku memang kurang berguna) untuk kamu nilai sendiri sama ada kamu betul-betul kelakar, ala kadar atau memang bodoh dan hambar melawak secara virtual. (Versi real life mungkin akan menyusul nanti).



1. "Hahahahahahahahahahahhaa lawak sial hahahahahahhaahahahahahah"



- Kebijakan kamu membuat orang gelak memang undoubtfully stunning. Gelak yang diterjemahkan sebegini rupa memang selalu ikhlas dan tidak ada double meaning. Teruskan apa yang kamu sedang buat dan tambah ramai kawan. Kalau nasib menyebelahi kamu, kamu tak payah susun ayat nak mengurat. Perempuan yang datang meronta dekat kamu. Aku serius.



2. "HahahahahaXD"


- Kalau macamni respons yang kamu terima, masih boleh diasah sifat kelakar dalam diri kamu. Kamu bukan tak kelakar, cuma kurang idea. Dan kalau kawan yang respons sebegini ialah seorang lelaki. Boleh jadi dia memang jenis kurang sense of humour. Sebabnya? dia pakai smiley. Pada aku, real man will never uses any smiley on virtual. And real man makes a good joke. Sahaja.



3. "Lawak dowh kau / Lawak sial kau"

- Benda macamni kamu kena prihatin sedikit. Tengok yang respons itu macamana dan siapa orangnya. Kalau kamu rasa dia kurang sense of humour berbanding kamu, kamu hampir berjaya. Tapi kalau dia punyai sense of humour yang lebih baik daripada kamu. Kamu sudah kena "nganjing". Itu sahaja.


4. "Hahaha"


- Cuma tiga kali sahaja dia punya "ha". Ini boleh jadi tukang beri respons dah ngantuk, atau dia dah malas. Tapi potensi stabil antara kelakar dan hambar.



5. "Haha"


- Aku pasti semua orang pernah kena macamni. Aku pun. Dalam hal ini, sebenarnya tak ada apa benda yang kelakar pun. Cuma macam penutup bicara. Contohnya " Weh, kejap tau haha" atau " Entahla nanti la haha" atau yang paling popular "Haha ok". Kan? apa yang kelakarnya? Jadi dalam hal ini ada dua benda yang sedang terjadi. Macam yang tertera di atas, sebagai penutup bicara atau kamu memang hambar.



6. "K" atau tak memberi respons langsung.


- Bila ini terjadi, ada beberapa faktor. Orang yang kamu sedang sembang tertidur, BIS mati, Telefon bimbit tiba-tiba ghaib, pergi jamban, terleka, ATAU kamu hambar kronik dan orang yang kamu sembang dah menyampah nak bercakap dengan kamu sebab kamu dan lawak kamu memang annoying gila babi dengan perangai kamu sendiri. Penyelesaiannya? Lebih baik blah sebelum kamu rasa lebih tak berguna. Kalau rasa nak improve, rebrand diri kamu sebagai seorang dengan personaliti yang baru: matang, lebih banyak mendengar dari bercakap, muka serius 24 jam sehari dan hanya bercakap perkara yang perlu. Hanya senyum bila ada orang buat lawak. Itu sahaja.



Sekian.


























Saturday, 6 April 2013

Excuse me sir, do you need a hand?

Kadang-kadang aku jadi tak faham, kenapa masih ada lagi segelintir orang Melayu yang masih berfikiran yang tak keterlaluan kalau aku bilang 'Ortodoks' dengan mengatakan mereka yang berbahasa Inggeris itu berlagak atau urban termnya poyo dan tak sedar diri. Tolonglah buka otak kamu dan jangan isi atau sempitkan dengan ideologi-ideologi konservatif yang berkecenderungan untuk memundurkan diri dan bangsa kamu sendiri.


Pada aku, bahasa cuma sebagai satu medium berkomunikasi untuk menghubungkan manusia dengan manusia yang berlainan bangsa dan menggunakan bahasa yang berbeza. Tak kiralah bahasa apapun. Cuma dalam konteks penduduk bumi, bahasa Inggeris direkognisikan sebagai bahasa antarabangsa yang digunakan untuk berhubung secara rasmi atau tidak (bagi yang berlainan bangsa). Lagi satu, English can be a method of measuring or judging person. Judging maksud aku bukanlah menilai kamu ni sakai atau tidak, rempit atau tidak. Tapi, kamu pernah tak lihat kawan kamu terkejut bila nampak lelaki selebet dengan hanya mengenakan t-shirt yang hampir koyak dan berselipar jenama Tat Sing berbahasa Inggeris? mesti pernah kan? Aku sendiri kadang-kadang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai satu alat untuk menetapkan cara aku bergaul dengan sesuatu kaum. Lebih-lebih lagi perempuan .Bukan maksud aku menyatakan yang semua orang yang pandai berbahasa Inggeris adalah cerdik pandai atau golongan pemikir tapi setidaknya boleh menguasai lebih dari satu bahasa.


Baiklah, aku bagi kamu situasi dan cuba kamu fikir. Bagaimana kalau Bahasa Melayu ditetapkan sebagai bahasa antarabangsa, dan ada lelaki Inggeris yang "Bahan" rakannya yang sedang berbahasa Melayu sebagai
showing off atau lebih teruk "Swagger". Sebagai seorang yang berbangsa Melayu yang memang "Dulu,kini dan selamanya", apa yang kamu rasa? Mesti rasa pelik yang bercampur bodoh.


Jadi sebenarnya, apa masalahnya? Mudah, otak kamu belum terbuka.



Tuesday, 26 February 2013

Adil atau tidak?

Jangan risau, sebab ini bukan cerita ulasan political view atau hukum agama. Cuma kritikan/nasihat atau mungkin sarcasm untuk sesetengah lapisan masyarakat.

Baiklah,

Kamu pernah nampak budak kampung atau sedikit terperinci 'Rempit' yang datang dari kampung kena hina dengan "All-things-are-American-kid" yang berkemungkinan besar datang dari Lembah Kelang? Belum pernah? mari aku bagi kamu satu situasi. Kalau terkejut jangan meninggal sebab aku tak mahu bertanggungjawab. Harap memahami.

" Eh, boleh kenal?" kata si  budak lelaki rempit kampung  kepada seorang budak perempuan dari bandar.

" Who the heck are you to know me? Kau rempit ah sial malas layan budak cam kau ni. Tak guna tol rempit." balas budak bandar.

" Ah, kecewanya.(berlalu pergi)." kata budak kampung dengan muka innocentnya.

Kamu meninggal tak? kalau tidak, apa sebenarnya yang tidak adil? 

Banyak sebenarnya. Pada aku, budak bandar tadi tak patut menstereotypekan bahawa semua budak kampung adalah rempit. Salah sama sekali. Kalau dalam siri Betul Ke Bohong, dah mampus kau kena karen. Ya, aku akui. Majoriti budak kampung bersub-culturekan Rempit. Tak dapat dinafikan. Tapi, cuba kamu fikir balik. Kalau kamu tak ada internet, tak ada televisyen,kalau ada pun yang masih pakai aerial dan  kamu tak pernah tahu apa itu Hypebeast. Yang kamu ada hanya sebuah motor kap. Apa lagi kamu boleh buat selain memanfaatkan motor itu dengan mencilok atau traffic bombing? Takkanlah cuma nak dibawa ke kebun getah atau kelapa sawit? 

Aku pernah berjumpa beberapa orang rempit kampung. Ada yang baik. Ramai. Aku boleh kerat tetek (aku bukan "hipster" di twitter yang suka potong kote tiap kali perlawanan bola sepak) aku sendiri yang diorang pergi masjid lebih banyak daripada kamu. Jadi, your argument is absolutely invalid.

Yang tidak adil yang kedua, budak bandar tu kata budak kampung tak guna (walaupun aku sendiri yang cipta dialog). Sangatlah tidak adil. Aku sarankan kamu dengan ideologi seperti ini untuk rajin-rajinkan diri untuk bertanya kalau-kalau kamu lepak di sekitar Bangsar, Damansara atau Subang. Nampak yang pakai suit atau kemeja lengan panjang dengan rupa seorang eksekutif? pergi tanya dia mana asal dia. Aku rasa peratusan untuk dia berasal dari kawasan-kawasan pedalaman seperti  Mersing atau Kuala Kangsar adalah 95.34% (anggaran terlampau kasar). Lagi satu kalau rajin, tanya juga golongan hype yang selalu lepak di Bangsar Baru. 

Lagi malu kalau mereka banyak duit, asal dari kampung dan hanya lepak mamak. Kamu? cuma budak sekolah tapi gemar menghabiskan duit orang tua untuk membeli Caramel Frappe di Starbuck semata-mata untuk berlagak. Sakai dowh.

Jadi, jangan main terjah  dan lompat ke dalam kesimpulan (jump into conclusion).

p/s: Ketahui beza mat motor dengan mat rempit. Rock the rocket adalah contoh terbaik kalau mahu jadi mat motor.




"Mai rempit dulu toooqqqqqqqq" kata rempit bukan dari kampung.





























Wednesday, 13 February 2013

The Eargasm Herald #1


Semen keluar dari telinga.