Tuesday, 26 February 2013

Adil atau tidak?

Jangan risau, sebab ini bukan cerita ulasan political view atau hukum agama. Cuma kritikan/nasihat atau mungkin sarcasm untuk sesetengah lapisan masyarakat.

Baiklah,

Kamu pernah nampak budak kampung atau sedikit terperinci 'Rempit' yang datang dari kampung kena hina dengan "All-things-are-American-kid" yang berkemungkinan besar datang dari Lembah Kelang? Belum pernah? mari aku bagi kamu satu situasi. Kalau terkejut jangan meninggal sebab aku tak mahu bertanggungjawab. Harap memahami.

" Eh, boleh kenal?" kata si  budak lelaki rempit kampung  kepada seorang budak perempuan dari bandar.

" Who the heck are you to know me? Kau rempit ah sial malas layan budak cam kau ni. Tak guna tol rempit." balas budak bandar.

" Ah, kecewanya.(berlalu pergi)." kata budak kampung dengan muka innocentnya.

Kamu meninggal tak? kalau tidak, apa sebenarnya yang tidak adil? 

Banyak sebenarnya. Pada aku, budak bandar tadi tak patut menstereotypekan bahawa semua budak kampung adalah rempit. Salah sama sekali. Kalau dalam siri Betul Ke Bohong, dah mampus kau kena karen. Ya, aku akui. Majoriti budak kampung bersub-culturekan Rempit. Tak dapat dinafikan. Tapi, cuba kamu fikir balik. Kalau kamu tak ada internet, tak ada televisyen,kalau ada pun yang masih pakai aerial dan  kamu tak pernah tahu apa itu Hypebeast. Yang kamu ada hanya sebuah motor kap. Apa lagi kamu boleh buat selain memanfaatkan motor itu dengan mencilok atau traffic bombing? Takkanlah cuma nak dibawa ke kebun getah atau kelapa sawit? 

Aku pernah berjumpa beberapa orang rempit kampung. Ada yang baik. Ramai. Aku boleh kerat tetek (aku bukan "hipster" di twitter yang suka potong kote tiap kali perlawanan bola sepak) aku sendiri yang diorang pergi masjid lebih banyak daripada kamu. Jadi, your argument is absolutely invalid.

Yang tidak adil yang kedua, budak bandar tu kata budak kampung tak guna (walaupun aku sendiri yang cipta dialog). Sangatlah tidak adil. Aku sarankan kamu dengan ideologi seperti ini untuk rajin-rajinkan diri untuk bertanya kalau-kalau kamu lepak di sekitar Bangsar, Damansara atau Subang. Nampak yang pakai suit atau kemeja lengan panjang dengan rupa seorang eksekutif? pergi tanya dia mana asal dia. Aku rasa peratusan untuk dia berasal dari kawasan-kawasan pedalaman seperti  Mersing atau Kuala Kangsar adalah 95.34% (anggaran terlampau kasar). Lagi satu kalau rajin, tanya juga golongan hype yang selalu lepak di Bangsar Baru. 

Lagi malu kalau mereka banyak duit, asal dari kampung dan hanya lepak mamak. Kamu? cuma budak sekolah tapi gemar menghabiskan duit orang tua untuk membeli Caramel Frappe di Starbuck semata-mata untuk berlagak. Sakai dowh.

Jadi, jangan main terjah  dan lompat ke dalam kesimpulan (jump into conclusion).

p/s: Ketahui beza mat motor dengan mat rempit. Rock the rocket adalah contoh terbaik kalau mahu jadi mat motor.




"Mai rempit dulu toooqqqqqqqq" kata rempit bukan dari kampung.





























Wednesday, 13 February 2013

The Eargasm Herald #1


Semen keluar dari telinga.