Kadang-kadang, aku ada terasa macam lelaki bodoh yang suka memerhati tanpa sebarang tindakan susulan yang akan aku lakukan selain menulis. Ya lah, dah lah tak memerhati secara hampir-hampir teliti, tak dibayar pula. Sial betul. Tapi aku peduli apa, ini memang sifat aku dari kecil. Perhati dan fikir dalam hati.
OK. Mari ke tujuan asal.
Memandangkan aku masih muda dan berdarah panas, sudah tentu sifat inkuiri dan mahu cuba sesuatu yang baru itu tinggi. Dari perkara positif sampai ke negatif. Merokok, belajar dekat tempat yang ada wifi, main basikal tanpa brek, anti-kerajaan, anti kepada norma masyarakat sendiri, bagi bunga dekat perempuan pada waktu malam ( Hahahahaha ),cuba-cuba berpolitik secara kecilan, menoton video lucah dengan rakan-rakan, belajar untuk godam untuk mendapatkan premium access ke laman web lucah berdefinisi tinggi dan macam macam lagi.
Dan satu lagi, laman sosial. Yang aku pasti budak-budak sebaya dengan aku memang suka meninngkatkan sifat inkuiri sendiri untuk mencuba laman-laman sosial yang akhirnya menjerat ( untuk pelajar sekolah amcam aku lah ). Dari zaman MySpace sampai ke Keek ( aku benci " hi keekers!" ) sampai lah ke Instagram dengan format video. Jadi hari ini aku mahu tunjukkan kamu sedikit bahasa / istilah baru yang muncul sejak populariti twitter meningkat.
1. This.
- Aku sendiri kurang pasti kenapa perkataan ini digunapakai untuk mengganti perkataan "agree" dan "setuju" yang popularitinya semakin merudum, walaupun aku sendiri kadang-kadang pakai. Mungkin sekali this tampak lebih cool atau menunjukkan benar-benar setuju tanpa sebarang bantahan. Entah lah. Aku sendiri kurang faham kenapa....
2. Sia.
- Sebenarnya, istilah ini merujuk kepada "sial" dalam bahasa Melayu ( Yang digunapakai di Malaysia ). Cuma istilah ini digunakan di Singapura. Dan bukannya baru, tapi dah lama. Cuma sejak populariti laman sosial Twitter semakin mendadak dan ramai orang Malaysia terutama remaja yang suka mengikut-ikut serta orang Singapura yang telah menguasai populasi twitter sebanyak 56. 88 % ( anggaran kasar dan rawak ), maka ramai lah yang menggunakan istilah sia dengan beberapa alasan; huruf "L" pada keyboard telah hilang, malas mahu taip panjang-panjang dan mahu nampak cool dengan mengikut trend. Bangang-bangang je.
3. Siakk
- Sebenarnya, istilah ini adalah istilah yang digunakan secara tak sengaja. Huruf "L" secara tidak sengaja ditukar kepada huruf "K" memandangkan kedua-dua abjad terletak sebelah-menyebelah. Tapi, jangan terkejut kalau aku kata ada yang sengaja. Kononnya untuk mengelakkan kekasaran bahasa, tapi lain yang jadi. Bodoh yang nampak. Lagi bodoh bila ada yang cakap ( bukan taip )" siak" in real life. Macam aku kata awal tadi, ini semua kerana malas mahu selidik dan mahu nampak cool.
Jadi ramalan aku, istilah-istilah baru mungkin akan muncul dengan lebih banyak. Dan lebih mengarut. Tunggu sahaja dan kalau benar-benar terjadi harap kamu dapat sembah aku macam aku ini ahli politik yang kononnya mampu selamatkan negara dengan hanya mementingkan kaum sendiri. Adios!
Saturday, 22 June 2013
Saturday, 1 June 2013
Hahaha?
Kesian juga kadang-kadang aku lihat bila ada orang buat lawak,tapi hambar. Tiada sesiapa yang gelak. Yang ada cuma bunyi cengkerik atau kenderaan lalu lalang. Lagi malang kalau ada kawan-kawan yang jenis suka majal, buat bunyi cengkerik guna mulut. Dan cakap secara direct "Hambar bodoh lawak kau". Lepastu semua gelak. Gelakkan kebodohan kamu melawak. Jadi, kali ini aku mahu bagi kamu garis panduan yang mungkin pendek, tapi mungkin boleh jadi berguna (memandangkan kebanyakan post aku memang kurang berguna) untuk kamu nilai sendiri sama ada kamu betul-betul kelakar, ala kadar atau memang bodoh dan hambar melawak secara virtual. (Versi real life mungkin akan menyusul nanti).
1. "Hahahahahahahahahahahhaa lawak sial hahahahahahhaahahahahahah"
- Kebijakan kamu membuat orang gelak memang undoubtfully stunning. Gelak yang diterjemahkan sebegini rupa memang selalu ikhlas dan tidak ada double meaning. Teruskan apa yang kamu sedang buat dan tambah ramai kawan. Kalau nasib menyebelahi kamu, kamu tak payah susun ayat nak mengurat. Perempuan yang datang meronta dekat kamu. Aku serius.
2. "HahahahahaXD"
- Kalau macamni respons yang kamu terima, masih boleh diasah sifat kelakar dalam diri kamu. Kamu bukan tak kelakar, cuma kurang idea. Dan kalau kawan yang respons sebegini ialah seorang lelaki. Boleh jadi dia memang jenis kurang sense of humour. Sebabnya? dia pakai smiley. Pada aku, real man will never uses any smiley on virtual. And real man makes a good joke. Sahaja.
3. "Lawak dowh kau / Lawak sial kau"
- Benda macamni kamu kena prihatin sedikit. Tengok yang respons itu macamana dan siapa orangnya. Kalau kamu rasa dia kurang sense of humour berbanding kamu, kamu hampir berjaya. Tapi kalau dia punyai sense of humour yang lebih baik daripada kamu. Kamu sudah kena "nganjing". Itu sahaja.
4. "Hahaha"
- Cuma tiga kali sahaja dia punya "ha". Ini boleh jadi tukang beri respons dah ngantuk, atau dia dah malas. Tapi potensi stabil antara kelakar dan hambar.
5. "Haha"
- Aku pasti semua orang pernah kena macamni. Aku pun. Dalam hal ini, sebenarnya tak ada apa benda yang kelakar pun. Cuma macam penutup bicara. Contohnya " Weh, kejap tau haha" atau " Entahla nanti la haha" atau yang paling popular "Haha ok". Kan? apa yang kelakarnya? Jadi dalam hal ini ada dua benda yang sedang terjadi. Macam yang tertera di atas, sebagai penutup bicara atau kamu memang hambar.
6. "K" atau tak memberi respons langsung.
- Bila ini terjadi, ada beberapa faktor. Orang yang kamu sedang sembang tertidur, BIS mati, Telefon bimbit tiba-tiba ghaib, pergi jamban, terleka, ATAU kamu hambar kronik dan orang yang kamu sembang dah menyampah nak bercakap dengan kamu sebab kamu dan lawak kamu memang annoying gila babi dengan perangai kamu sendiri. Penyelesaiannya? Lebih baik blah sebelum kamu rasa lebih tak berguna. Kalau rasa nak improve, rebrand diri kamu sebagai seorang dengan personaliti yang baru: matang, lebih banyak mendengar dari bercakap, muka serius 24 jam sehari dan hanya bercakap perkara yang perlu. Hanya senyum bila ada orang buat lawak. Itu sahaja.
Sekian.
Subscribe to:
Posts (Atom)