Saturday, 14 December 2013

Kita semua kena bohong dengan kekeliruan kita sendiri.

Haritu aku jumpa ada seorang lelaki Melayu dalam lingkungan usia 30-an yang berpakaian macam seorang dengan latarbelakang pendidikan yang bagus. Aku tak kisah langsung pasal semua itu. Tapi, apa yang buat aku rasa geli hati dan rasa bodoh ialah cara dia bersembang pasal Conspiacy Theory dengan rakan dia dengan gaya seolah-olah dialah penyelamat bangsa dan dia tahu segalanya mengenai Yahudi dan peranan bangsa tersebut dalam memonopoli ekonomi dan tamadun dunia. Berikut ialah dialog yang telah terjadi diantara dua individu tersebut.

            "Sebenarnya, kita semua dah kena conquer dengan Yahudi."

            " Eh yeke? Macamana kau boleh tahu ni?"

            " Sebenarnya dalam Yahudi ada satu organisasi yang bernama "Illuminati". Diorang
               dah tapau semua. Ekonomi, politik, dan macamana lagi. Kau tak pecaya kau 
               tengok duit Rm10 ni ada segi tiga dengan bulatan di tengah. Itu lambang "Illuminati" tu"

             "Ooo yeke. Cerita la lagi pasal "Illumimati" ni"

             " Dia ada banyak benda blablablablabla segi tiga blablablablabla Rothschild blablablab
               blablabalablabla Goldman Sachs blablabla Dajjal (bercerita sambil minum Caramel Frappe dari 
               Starbuck)"

 Belum sempat lelaki berusia lingkungan 30-an tu habis dia punya Tausiah, aku terus blah sambil gelak. Gelak sebab dia mahu tunjuk pandai dengan mengaitkan macam-macam benda pasal Yahudi dan Illuminati dengan Melayu dan Islam. Nak je aku cakap "Sudah-sudahla bang, jangan tunjuk pandai. Saya umur 15 dah lepu baca Conspiracy Theory."

OK. Mari kita ke tajuk sebenar yang mahu aku diskusikan. Jari jemari sudah bersedia, otak sudah kosong. Let's roll!

Aku sebenanya suka baca pasal benda yang berkaitan dengan sosio-politikal, isu-isu terkini, muzik, trend dan macam-macam lagi termasuklah perkara-perkara paradoks fasal macam-macam benda termasuklah teori kewujudan Dinosaur, Teori Charles Darwin dan Teori Big Bang. Tapi, Teori yang telah bagi aku suatu rasa yang sangat Mindfuck ialah The Grandfather Paradox yang membahaskan kebenaran The Time Travel Theory  (Lihat, aku belum terangkan lagi pasal teori ini, aku sendiri sudah rasa pening). Tak pernah dengar dan tak pernah tahu pasal apa itu The Grandfather Paradox?. Baiklah, biar aku terangkan serba sedikit.

Katakanlah ada seorang lelaki bernama Ali yang mempunyai wajah yang hodoh, tak boleh pakai seluar skinny dan berkelakuan camsial. Wajahnya yang hodoh dan perilakunya yang camsial itu dikatakan berasal dari datuknya bernama Dollah "Wushu" yang turut berwajah hodoh serta berperangai camsial. Tapi, Ali merupakan Mahasiswa lulusan Master dari Universiti Harvard.

Justeru, pada suatu hari, Ali terfikir:

"Kalau lah atuk aku dulu mampus sebelum dia kahwin, mesti nenek aku tak kahwin dengan dia, dan aku pun tak akan jadi camsial macamni"

Lepastu, Ali pun berazam untuk mencipta sebuah mesin masa supaya dia boleh mengembara ke zaman silam supaya dia dapat melaksanakan misinya; membunuh Dollah "Wushu", atuknya yang camsial di zaman remajanya, supaya dia tidak dapat kahwin dengan neneknya, Timah "Roket". Lalu diapun pergilah membeli segala jenis buku yang berkaitan dengan hukum Fizik. Archimedes Principle, Benoulli's Principle, Faraday's law dan bermacam lagi ilmu Fizik walaupun ada sebahagiannya tidak berguna langsung bagi melaksanakan misinya. Asalkan Fizik.

Jadi, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Mesin masa yang sangat futuristik yang diberi nama 4LI-BaNg4Ng telah dicipta dan Ali pun terus menggunakan mesin itu bagi melaksanakan misinya.

"ZAAAAAAASSSSSSSSSSSS"

Mesin masa 4LI-BaNg4Ng tiba di tahun 1950. Pada masa itu, atuknya Dollah "Wushu" yang berusia 15 tahun sedang melakukan Yoga di kampungnya. Secara senyap seolah-olah seorang Ninja, Ali cuba membunuh atuknya dengan menggunakan sebilah pisau Rambo dengan menikam atuknya dari belakang.

Sebaik sahaja Ali menghayun pisau Rambonya, tiba tiba dia terfikir;

" Kalau aku bunuh orang tua camsial ni, dia tak kahwin dengan nenek aku. Kalau dia tak kahwin, maka bapak aku takkan lahir. Kalau bapak aku tidak dilahirkan, sudah pasti aku tak akan wujud. Kalau aku aku tidak wujud, maka mesin 4LI-BaNg4Ng tak akan tercipta. Kalau mesin tu tak dicipta, maka misi aku untuk membunuh datuk aku tak akan berjaya!" 

"Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! Cancel lah macamni! Camsial!" Teriak Ali yang ternyata kecewa.

Lalu Ali pun berlari anak-anak ke mesin 4LI-BaNg4Ng sambil menangis kerana dia baru tersedar yang dia akan jadi camsial selama-lamanya.

OK. Sudah dapat gambarannya? Kalau dapat, bagus. Kalau tidak, pergi mampus. Ternyata yang kamu memang bebal dan baghal. Maaf kalau terkasar, aku cuma berlaku jujur.

Tapi, aku ada lagi satu berita yang paling mindfuck gila babi. The Grandfather Paradox bukanlah perkaa yang mahu aku diskusikan!

Sebenarnya, apa yang mahu aku diskusikan ialah pasal The Hipster Paradox (Istilah ini hanya rekaan semata-mata). Jadi, apa sebenarnya The Hipster Paradox ni? 

Mari sini aku cerita.


Pernah dengar tak orang cakap " Hipster tak akan pernah mengaku dia Hipster" ? Jadi siapa sebenarnya Hipster?

Kalau ikutkan Wikipedia, Terminologi Hipster diadaptasi dari golongan Hippies yang wujud pada tahun 60-an. Hipster ni jika dilihat betul-betul adalah segolongan manusia yang menghargai seni, muzik-muzik yang lebih menggunakan kemahiran mengendalikan alat muzik seperti gitar, dram, keyboard dan macam-macam lagi. Golongan ini juga sering terlibat dalam menetapkan sesuatu trend dalam pelbagai aspek seperti fesyen, muzik, dan seni. Namun, apa yang aku lihat sekarang masyarakat masa kini telah tersalah tafsir dan terlepas pandang makna Hipster itu sendiri. Asal seluar senteng je hipster, asal bela jambang sikit hipster  ( Wak Doyok bukan Hipster, dia ialah Sartorialist. Sila take note). Hipster bagaimanapun lebih gemar melakukan sesuatu yang orang lain jarang buat seperti dengar lagu genre Psychedelic Rock, Math Rock, Post-Punk dan Post-Rock. Kugiran seperti Radiohead, Tame Impala, Sigur Ros dan The Temper Trap menjadi pilihan kerana muzik mereka yang timeless Taste mereka terhadap muzik juga berbeza. Tidak terhad kepada muzik, golongan ini juga turut membawa kelainan pada bidang fesyen. Jenama kegemaran sudah tentu Supreme, New Balance, Converse, Vans, Nike dan beberapa jenama lain. Golongan ini juga sebenarnya gemar membalas pertanyaan dalam bentuk sindiran atau sarcasm, serta berkelakuan seperti seorang yang tiada ilmu sedangkan mempunyai Ijazah dalam bidang Thermonuclear. Dan sebenarnya, gurauan yang kamu lihat di internet yang menolak golongan hipster ini sebenarnya ditujukan kepada failed hipster. Kamu sahaja yang tidak faham sarcasm serta keldai lalu turut serta bahan-bahan hipster.

Sudah, mari kita ke part yang akan jadi lebih mindfuck.

Berkenaan pernyataan "Hipster tak akan pernah mengaku dia Hipster" mari aku ceritakan sedikit.

Ada dua orang, lelaki Amin dan Aiman. Amin memang betul-betul hipster dan Aiman jenis buat apa yang hipster buat seperti pakai Camp cap Supreme dan dengar lagu Radiohead.Tapi kutuk hipster. Ini mungkin dialog yang mungkin terjadi;

" Wei Aiman, kau jangan jadi bangang la nak jadi hipster. Dekat amareka sana diorang kena kutuk kau tau tak! (sambil tangkap gambar makanan untuk dimuat naik ke Instagram menggunakan Iphone 5)" 

" Eh, hipster  tu apa tak tau pun?" (sambil lipat skinny jeans dan dengar lagu Tame Impala.)"

" Buto la kau bukan hipster. Tu seluar tu?"

" Habis, kau tak hipster? Tu Camp cap Supreme? Kau bukan minat Thom Yorke ke?
" Eh, mana ada lah! aku bukan hipster lah!"

Pertengkaran itu berlarutan sehingga ke lewat malam dengan hujah yang sama berulang-ulang.

Jadi, siapa sebenarnya hipster? adakah Amin kerana dia merupakan seorang hipster tapi tak tahu apa itu hipster atau Aiman yang buat apa hispter buat tapi tetap kutuk hipster? adakah sesorang itu menjadi seorang hipster dengan menafikan dia adalah seorang hipster bila dituduh sedemikian? adakah seseorang itu menjadi hipster dengan mengaku dia adalah seorang hipster dengan niat dia dianggap bukan hipster jadi dia boleh jadi hipster sebenar? adakah seseorang itu terbatal iman hipster nya dengan menafikan dia adalah seorang hipster lalu orang boleh anggap dia hipster seterusnya dia boleh berbangga dengan sifat hipsternya lalu dia terasa begitu hipster sehingga dia mengaku dia seorang hipster? adakah seseoang itu menjadi hipster jika dia buat-buat tak tahu dia seorang hipster dan tidak berborak langsung pasal hipster jadi dia akan dianggap seorang hipster?


Jawapannya, bergantung pada apa yang kamu lakukan. Perkara ini terlalu paradoks dan terlalu abstrak serta terlalu banyak pro dan kontra nya. Aku sendiri tak pasti sama ada aku ni seorang hipster  ataupun aku ni anti-hipster. Mungkin juga dua-dua tidak.




Eh, kejap. Aku ni hipster ke?