Thursday, 18 September 2014

Tatacara penggunaan kamera GoPro anda dengan betul.

Sebagai seorang lelaki urban yang mempunyai banyak akaun laman sosial, kebanyakan masa yang aku habiskan untuk laman sosial aku gunakan untuk memerhati. Peghati semua benda la senang cerita. Trend, tingkah  laku, pop culture dan seperhatian dengannya. Tapi, dalam banyak-banyak pemerhatian yang aku peghatikan, ada satu benda yang agak menarik untuk aku jadikan bahan untuk menulis kat laman serba tak berguna ni.


Tatacara penggunaan GoPro yang betul. Ya, tatacara.


Jadi, apakebendanya yang menarik untuk ditulis pasal cara-cara guna GoPro ni? Kenapa tak cara-cara guna dishwasher? kenapa tak cara-cara nak upgrade Apple ios atau Android  OS? atau kenapa tak cara-cara berjimak mengikut kaedah Kamasutra?


Sebabnya adalah self-portrait. Atau terminologi lainnya, selfie. Aku ada kenal ramai orang yang ada GoPro. Tak kiralah Hero ke, Hero 2 atau Hero 3 dan sedemikiannya. Tapi katakanlah dalam 10 orang yang aku kenal mempunyai GoPro, 7/10 dari golongan tersebut hanya menggunakan GoPro mereka yang bernilai >RM1000 mereka hanya untuk berselfie dengan Monopod yang memang dikhaskan untuk sebuah kamera GoPro (bukan yang boleh didapati pada harga RM15). Jadi, sebagai seorang yang berintelektual tinggi serta berpemikiran di luar kotak, aku berasa agak kesal dengan perbuatan mereka. Apa salahnya, gunakan sedikit akal untuk fikirkan idea untuk gunakan GoPro kamu selain mendedahkan pori-pori serta jeragat bermusim yang dah berkampung kat muka kamu. Jadi, sebagai seorang yang berpemikiran setapak kehadapan berbanding kebanyakan pemilik kamera GoPro, aku berasa bertanggungjawab untuk mencadangkan beberapa cara lain supaya kamu dapat menggunakan kamera GoPro kamu pada "Tingkat Guna Tenaga Penuh" jika dalam istilah ekonominya.



1. Untuk rakam POV menaiki papan luncur dan basikal.


- Sebenarnya, masa zaman aku main basikal 2-3 tahun yang lalu, aku ada menyimpan hasrat untuk mempunyai sebuah GoPro. Kalau kamu terlibat/pernah terlibat dalam sebarang scene yang memerlukan sebuah material yang akan membuatkan kamu banyak membuat pergerakan fizikal, ada kamera macam GoPro memang seronok. Kalau kamu berbasikal prewel mati misalnya, kalau ada GoPro boleh la nak buat video POV kamu buat skid, trackstand ataupun yang paling feymes, Traffic Bombing atau istilah yang lebih popular, Cilok. Aku paling teruja kalau tonton video Traffic Bombing lagi-lagi dapat yang jenis POV. Paling menerujakan bagi aku, sudah pasti video Lucas Brunelle; Line of sight. Tengok mat salleh cilok-cilok sekitar bandaraya New York memang buat aku agak terpaku. Memang tak takut mampus. Mungkin mak bapak mereka terlupa nak ajar mereka yang manusia sememangnya boleh mati.



2. Rakam underwater scenery


 - Kalau kamu pergi bercuti di kawasan pulau, paling tidaknya selian berselfie, gunakan la GoPro yang kamu ada untuk rakam underwater scenery semasa mandi. Setidaknya kalau masih berselfie walaupun didalam air tanpa risau risiko untuk lemas, selfie kamu akan tampil lebih berseni. Buat la rakaman kamu sedang terjun kedalam air ke, video kamu sedang cuba menyelamatkan terumbu karang ataupun video kamu sedang mengutip sampah didalam air sebagai tanda solidariti terhadap hidupan marin. Ini tidak, aku tak faham betul apa yang ada dalam otak pemilik kamera GoPro yang memang hidup untuk selfie. Tiga hari duduk Tioman, tiga-tiga hari dia bantai berselfie semata-mata untuk muat naik ke Instagram. Memang aku tak boleh terima.




3. Rakam aksi berjimak dalam genre POV


- Yang ini paling penting. Mungkin ada yang belum pernah/acah-acah belum pernah tonton video porno POV, tak ada masalah. Lepasni boleh google. Mungkin dalam situasi kamu pergi melancong dan terlupa bawa pasangan, jadi kalau terdesak.Apa salahnya pancing lelaki/perempuan yang kamu jumpa di pusat peranginan untuk dijadikan "sleeping pertner." (aku maksudkan teman tidur, bukan sleeping partner dalam bisnes.). Jadi, dengan adanya kamera macam GoPro, bolehlah kamu rakamkan saat-saat indah tersebut (apa yang kau nak buat dengan video tersebut lepastu, aku taknak camppur). Sekurang-kurangnya bila kamu pulang kerumah dan terlupa nak beli cenderamata paling tak kamu sudah ada "souvenir".Tapi katakanlah kamu mahu buat seks dalam situasi yang mencabar seperti dalam kereta kompak ataupun ditengah-tengah paya di Everglades, GoPro sememangnya idea yang baik bagi mengurangkan kesan gegaran seperti yang kita dapat lihat dalam video-video seperti "Aduh_amoi.3gp","Kain biRu.3gp" dan se.3gp dengannya.Boleh la kamu tonton tanpa rasa menyesal atau setidaknya dapat mengurangkan penyesalan sekiranya perbuatan kamu diketahui orang ramai. Tapi bagi aku, porno genre POV bukanlah sesuatu yang menarik untuk ditonton melainkan kamu terlibat secara langsung dengan rakaman aksi tersebut. Aku mungkin lebih minat genre porno yang bertemakan real love . Moaning lebih real, lebih banyak bercumbu berbanding adegan-adegan tipikal genre-genre porno yang lain dan yang paling penting,  facial expression yang power konon-konon  macam betul-betul buat seks atas dasar cinta. Serius lah, what is sex without love?; plain, empty intercourse. Nafsu semata. Bosan, kurang feel dan menjurus kepada penceraian.



Jadi, aku rasa mungkin setakat ini sahaja. Kalau aku nampak lagi specimen yang baru, aku akan tulis.


P/s: Jangan cuba cadangan ketiga dengan isteri orang, makwe orang ataupun makcik sendiri (incase makcik korang macam Maria Farida. Kalau macam Wan Maimunah, lupakan sahaja)



























































































Monday, 9 June 2014

Cara-cara melaksanakan konspirasi

Baiklah, bagi menambahkan ketidakbergunaan laman aku ini, kalini aku rasa aku nak cerita pasal cara-cara melaksanakan konspirasi secara kecil-kecilan. Walaupun perkataan "kecil-kecilan" itu tampak lesu, tidak produktif dan uneffective tapi percayala, dalam ketidakbergunaan laman aku ni, mesti ada satu dua benda yang applicable in daily life. Sebelum aku mula, mari aku cerita sedikit pasal apa takrifan "Konspirasi".

Berasal dari perkataan Greek "conspos" dan "ratos" yang bermaksud penipuan terancang (Tekaan rawak tanpa penyelidikan awal), konspirasi aku takrifkan sebagai sebuah penipuan terancang  terahsia yang dirancang oleh sekumpulan manusia bagi melaksanakan sesuatu misi yang lazimnya melanggar garisan undang untuk kepentingan individu atau sesebuah organisasi. Tokoh konspirasi? Sudah semestinya Illuminati yang selama ini menjadi mekanisme penyebaran wadah dan hujah yang kononnya menjadi "pendorong kemajuan ummah" golongan yang suka menayang knowledge.Tak kira la tua, muda, laki, atau perempuan. Lagi-lagi Melayu supreme. Benci betul mereka dengan Yahudi dan Cina. Padahal gelaran Haji pun beli. Untuk tokoh-tokoh konpirasi lain seperti Von Bismarck kamu boleh gunakan Google. Sangat mudah.

Tapi, memandangkan konpspirasi ini hanya konpirasi kecil-kecilan, maka kos pelaksanaan, risiko, hasil dan kemujaraban adalah rendah dan tidak dijanjikan. Jadi, mari kita mulakan dengan langkah pertama!


1. Cipta sebuah "cerita"/ "kronologi" yang tidak benar tetapi logik.

-  Sebelum kamu mulakan konspirasi kamu, cipta sebuah "cerita" atau "kronologi" yang tidak benar. Susun atur semua kejadian yang kamu kehendaki. Lebih teliti dan lebih mendalam pengaturan, lebih cantik dan sempurna hasil konspirasi yang akan kamu lihat di akhir kerja. TAPI, pastikan "cerita" dan"kronologi" yang kamu cipta itu logik, relevan serta bertepatan dengan matlamat konspirasi kamu. Janganla  jadi bangang dengan menggunakan cerita holocaust atau genocide di Bosnia untuk menipu Perdana Menteri yang nak beli keropok lekor kau yang dah basi tu. Faham?


2. Cari "kaki"/"Barua"/"Geng"/"Kawan" untuk melaksanakan konspirasi


-  Untuk sebuah konspirasi  yang lebih berkesan, besarkan cable kamu. Makin ramai yang menjadi pelaksana konspirasi, maka makin ramai lah yang akan menyebarkan "cerita" yang kamu cipta maka makin berkesanlah konspirasi kamu. Ambil beberapa orang untuk bersama kamu dalam menjalankan "cerita" yang kamu cipta. Tapi, pilih orang yang mempunyai matlamat serta ketidakpuashatian yang sama dengan kamu supaya misi boleh berjalan lancar. Jangan pilih orang yang nak sailang makwe kamu, sudah. Konpem-konpem kau pisang awal.



3. Pastikan informasi yang hendak disebarkan seragam.


- Pastikan kamu menyebarkan informasi yang seragam dan tidak bercanggah antara satu sama lain. Jika informasi A kamu beritahu kepada pihak A, maka pihak B,C,D,E,F,G dan seterusnya perlulah mendapat maklumat dan informasi yang sama. Ini bagi mematikan kecurigaan objek dan manusia sekeliling objek yang dijadikan matlamat dalam konspirasi. Kalau dah maklumat bercanggah, mestilah ada yang akan tanya "Betul ke?" , kan?



4. "Make it wide"

- Sebarkan "cerita" yang telah kamu cipta seluas yang kamu mahu. Ini bagi memudahkan objek dan matlamat konspirasi mempercayai "cerita" yang telah kamu cipta. Tujuan langkah ini adalah untuk mewujudkan watak watak baru tanpa sedar untuk menyebarkan "ceita" kamu. Secara tidak langsung, kerja-kerja penyebaran maklumat akan menjadi lebih mudah dengan adanya watak-watak tambahan ini. Watak-watak tambahan ini sebenarnya orang yang tak terlibat dalam konspirasi kamu, kiranya macam pelaksana tanpa mellibatkan diri secara langsung lah. Misalnya, kamu minat dekat seorang perempuan, tapi dia tak minat kamu. Tapi dalam masa yang sama ramai orang yg minat dia. Kiranya kedudukan kamu ni tidak kukuhlah. Jadi bagi membuatkan si perempuan ni minat kat kamu, kamu jalankan sebuah konspirasi. Maka kamu pun telah mencipta sebuah cerita yang kamu telah bersusah untuk perempuan tersebut (tapi macam aku cakap tadi, pastikan cerita bersesuaian dengan situasi serta relevan). Tapi, kamu tidak memberitahu secara terus kepada perempuan tersebut, kamu sebarkan cerita kesusahan kamu kepada rakan-rakan serta orang terdekat perempuan tersebut dan rakan-rakan perempuan tersebut. Dengan tersebarnya "cerita" yang kamu sudah bersusah payah untuk perempuan tersebut, kerja kamu sudah jadi mudah. Sebab? Baiklah, bayangkan kalau tiba-tiba rakan baik perempuan itu sendiri terfikir "Dia ni baik ni" ? Sudah semestinya satu bentuk konsultasi akan diberikan kepada perempuan tersebut dan secara tidak langsung telah membantu kamu bagi mendapatkan dia. Kawan baik mesti beri nasihat terbaik, kan? Touchdown. 



5. Cari key person untuk menutup kebodohan yang terbocor.

- Faham tak? Maksud aku bukannya nak cakap kamu bodoh. Tapi, langkah penting ini adalah supaya orang ramai yang telah mengetahui rahsia konspirasi ini tidak menganggap semua perancangan kamu sebagai sebuah "drama budak sekolah menengah" dan juga "acahan". Ayat-ayat seperti "You've underestimated him" , " He's really something" dan beberapa lagi ayat yang menimbulkan rasa takjub dan curiga boleh digunakan bagi menampakkan kamu sebagai seorang yang sangat mysterious dan taktikal.


Baik, sampai sini sahaja. Selamat mencuba!





























Monday, 7 April 2014

"RT for tbh"

Memang benda ni aku tahu, ramai orang tak suka dan meluat. Tapi pada aku, benda ni tak lebih dari taktik budak-budak sekolah yang jenis gemar dikenali ramai bagi menarik perhatian supaya lebih dikenali ramai dalam laman sosial Twitter. Tak kurang juga taktik lelaki-lelaki punai kecil yang masih bersekolah,yang nak kenal dengan perempuan cantik yang berusia lebih kurang dengannya. Cara ini adalah cara alternatif untuk mengurat selain daripada "BF you tak marah ke kita tweet/text/whatsapp/wechat ?". Nyata kurang keyakinan. Sampah. Modus operandinya? Describe dengan penuh pujian dengan harapan mendapatkan pulangan.

Tapi sebenarnya bukan benda ni aku nak cerita, yang aku nak cerita sebenarnya, haritu aku ada menganjing tweet "RT for tbh". Tiba-tiba, ada seornag junior aku masa aku sekolah minta untuk aku mengulas pasal dia dekat laman ini. Nama dia Amir Arif Roslan. Dan kalau kamu mahu tahu sebenarnya.......

Tiada apa pun yang menarik pasal dia ni. Membosankan,plain dan "tahpape"

Baiklah, itu sahaja.




Aku rasa sampah gila dengan tulisan sebegini.

Tuesday, 14 January 2014

Lambat sikit.

Aku tahu, post kali ini memang lewat sikit daripada waktu yang sepatutnya ditulis. Tapi, aku tetap nak menulis memandangkan masa untuk aku berada dirumah telah berkurang dengan mendadak berikutan tuntutan waktu bekerja yang sibuk dan padat gila babi.

2013 memang tahun yang baik bagi aku. Tahun paling banyak aku belajar benda-benda baru. Dari benda yang berguna untuk masa hadapan macam cara-cara nak move on hingga lah ke perkara yang tak mendatangkan apa-apa sebagai contohnya cara nak lipat seluar slim-fit jeans supaya leg opening dia nampak macam pakai jogger pants. Agak leceh, tapi untuk kelihatan macam dakdak Hypebeast, aku buat. Tapi yang paling sayang, aku tak dapat rasa tahun 2013 berakhir gara-gara aku terpaksa bancuh kopi untuk segologan manusia nokturnal yang memang tak reti balik rumah dan suka lepak kedai kopi dari Amerika. Malam tu memang aku hangin satu badan, kamu semua nak kekwat dengan melepak kedai kopi yang mahal punya pasal, aku jadi lifeless.

Celaka, laman ini dah macam diari. Bukan lagi macam laman mengulas perkara sekeliling.