Baiklah, bagi menambahkan ketidakbergunaan laman aku ini, kalini aku rasa aku nak cerita pasal cara-cara melaksanakan konspirasi secara kecil-kecilan. Walaupun perkataan "kecil-kecilan" itu tampak lesu, tidak produktif dan uneffective tapi percayala, dalam ketidakbergunaan laman aku ni, mesti ada satu dua benda yang applicable in daily life. Sebelum aku mula, mari aku cerita sedikit pasal apa takrifan "Konspirasi".
Berasal dari perkataan Greek "conspos" dan "ratos" yang bermaksud penipuan terancang (Tekaan rawak tanpa penyelidikan awal), konspirasi aku takrifkan sebagai sebuah penipuan terancang terahsia yang dirancang oleh sekumpulan manusia bagi melaksanakan sesuatu misi yang lazimnya melanggar garisan undang untuk kepentingan individu atau sesebuah organisasi. Tokoh konspirasi? Sudah semestinya Illuminati yang selama ini menjadi mekanisme penyebaran wadah dan hujah yang kononnya menjadi "pendorong kemajuan ummah" golongan yang suka menayang knowledge.Tak kira la tua, muda, laki, atau perempuan. Lagi-lagi Melayu supreme. Benci betul mereka dengan Yahudi dan Cina. Padahal gelaran Haji pun beli. Untuk tokoh-tokoh konpirasi lain seperti Von Bismarck kamu boleh gunakan Google. Sangat mudah.
Tapi, memandangkan konpspirasi ini hanya konpirasi kecil-kecilan, maka kos pelaksanaan, risiko, hasil dan kemujaraban adalah rendah dan tidak dijanjikan. Jadi, mari kita mulakan dengan langkah pertama!
1. Cipta sebuah "cerita"/ "kronologi" yang tidak benar tetapi logik.
- Sebelum kamu mulakan konspirasi kamu, cipta sebuah "cerita" atau "kronologi" yang tidak benar. Susun atur semua kejadian yang kamu kehendaki. Lebih teliti dan lebih mendalam pengaturan, lebih cantik dan sempurna hasil konspirasi yang akan kamu lihat di akhir kerja. TAPI, pastikan "cerita" dan"kronologi" yang kamu cipta itu logik, relevan serta bertepatan dengan matlamat konspirasi kamu. Janganla jadi bangang dengan menggunakan cerita holocaust atau genocide di Bosnia untuk menipu Perdana Menteri yang nak beli keropok lekor kau yang dah basi tu. Faham?
2. Cari "kaki"/"Barua"/"Geng"/"Kawan" untuk melaksanakan konspirasi
- Untuk sebuah konspirasi yang lebih berkesan, besarkan cable kamu. Makin ramai yang menjadi pelaksana konspirasi, maka makin ramai lah yang akan menyebarkan "cerita" yang kamu cipta maka makin berkesanlah konspirasi kamu. Ambil beberapa orang untuk bersama kamu dalam menjalankan "cerita" yang kamu cipta. Tapi, pilih orang yang mempunyai matlamat serta ketidakpuashatian yang sama dengan kamu supaya misi boleh berjalan lancar. Jangan pilih orang yang nak sailang makwe kamu, sudah. Konpem-konpem kau pisang awal.
3. Pastikan informasi yang hendak disebarkan seragam.
- Pastikan kamu menyebarkan informasi yang seragam dan tidak bercanggah antara satu sama lain. Jika informasi A kamu beritahu kepada pihak A, maka pihak B,C,D,E,F,G dan seterusnya perlulah mendapat maklumat dan informasi yang sama. Ini bagi mematikan kecurigaan objek dan manusia sekeliling objek yang dijadikan matlamat dalam konspirasi. Kalau dah maklumat bercanggah, mestilah ada yang akan tanya "Betul ke?" , kan?
4. "Make it wide"
- Sebarkan "cerita" yang telah kamu cipta seluas yang kamu mahu. Ini bagi memudahkan objek dan matlamat konspirasi mempercayai "cerita" yang telah kamu cipta. Tujuan langkah ini adalah untuk mewujudkan watak watak baru tanpa sedar untuk menyebarkan "ceita" kamu. Secara tidak langsung, kerja-kerja penyebaran maklumat akan menjadi lebih mudah dengan adanya watak-watak tambahan ini. Watak-watak tambahan ini sebenarnya orang yang tak terlibat dalam konspirasi kamu, kiranya macam pelaksana tanpa mellibatkan diri secara langsung lah. Misalnya, kamu minat dekat seorang perempuan, tapi dia tak minat kamu. Tapi dalam masa yang sama ramai orang yg minat dia. Kiranya kedudukan kamu ni tidak kukuhlah. Jadi bagi membuatkan si perempuan ni minat kat kamu, kamu jalankan sebuah konspirasi. Maka kamu pun telah mencipta sebuah cerita yang kamu telah bersusah untuk perempuan tersebut (tapi macam aku cakap tadi, pastikan cerita bersesuaian dengan situasi serta relevan). Tapi, kamu tidak memberitahu secara terus kepada perempuan tersebut, kamu sebarkan cerita kesusahan kamu kepada rakan-rakan serta orang terdekat perempuan tersebut dan rakan-rakan perempuan tersebut. Dengan tersebarnya "cerita" yang kamu sudah bersusah payah untuk perempuan tersebut, kerja kamu sudah jadi mudah. Sebab? Baiklah, bayangkan kalau tiba-tiba rakan baik perempuan itu sendiri terfikir "Dia ni baik ni" ? Sudah semestinya satu bentuk konsultasi akan diberikan kepada perempuan tersebut dan secara tidak langsung telah membantu kamu bagi mendapatkan dia. Kawan baik mesti beri nasihat terbaik, kan? Touchdown.
5. Cari key person untuk menutup kebodohan yang terbocor.
- Faham tak? Maksud aku bukannya nak cakap kamu bodoh. Tapi, langkah penting ini adalah supaya orang ramai yang telah mengetahui rahsia konspirasi ini tidak menganggap semua perancangan kamu sebagai sebuah "drama budak sekolah menengah" dan juga "acahan". Ayat-ayat seperti "You've underestimated him" , " He's really something" dan beberapa lagi ayat yang menimbulkan rasa takjub dan curiga boleh digunakan bagi menampakkan kamu sebagai seorang yang sangat mysterious dan taktikal.
Baik, sampai sini sahaja. Selamat mencuba!