Sebagai seorang lelaki urban yang mempunyai banyak akaun laman sosial, kebanyakan masa yang aku habiskan untuk laman sosial aku gunakan untuk memerhati. Peghati semua benda la senang cerita. Trend, tingkah laku, pop culture dan seperhatian dengannya. Tapi, dalam banyak-banyak pemerhatian yang aku peghatikan, ada satu benda yang agak menarik untuk aku jadikan bahan untuk menulis kat laman serba tak berguna ni.
Tatacara penggunaan GoPro yang betul. Ya, tatacara.
Jadi, apakebendanya yang menarik untuk ditulis pasal cara-cara guna GoPro ni? Kenapa tak cara-cara guna dishwasher? kenapa tak cara-cara nak upgrade Apple ios atau Android OS? atau kenapa tak cara-cara berjimak mengikut kaedah Kamasutra?
Sebabnya adalah self-portrait. Atau terminologi lainnya, selfie. Aku ada kenal ramai orang yang ada GoPro. Tak kiralah Hero ke, Hero 2 atau Hero 3 dan sedemikiannya. Tapi katakanlah dalam 10 orang yang aku kenal mempunyai GoPro, 7/10 dari golongan tersebut hanya menggunakan GoPro mereka yang bernilai >RM1000 mereka hanya untuk berselfie dengan Monopod yang memang dikhaskan untuk sebuah kamera GoPro (bukan yang boleh didapati pada harga RM15). Jadi, sebagai seorang yang berintelektual tinggi serta berpemikiran di luar kotak, aku berasa agak kesal dengan perbuatan mereka. Apa salahnya, gunakan sedikit akal untuk fikirkan idea untuk gunakan GoPro kamu selain mendedahkan pori-pori serta jeragat bermusim yang dah berkampung kat muka kamu. Jadi, sebagai seorang yang berpemikiran setapak kehadapan berbanding kebanyakan pemilik kamera GoPro, aku berasa bertanggungjawab untuk mencadangkan beberapa cara lain supaya kamu dapat menggunakan kamera GoPro kamu pada "Tingkat Guna Tenaga Penuh" jika dalam istilah ekonominya.
1. Untuk rakam POV menaiki papan luncur dan basikal.
- Sebenarnya, masa zaman aku main basikal 2-3 tahun yang lalu, aku ada menyimpan hasrat untuk mempunyai sebuah GoPro. Kalau kamu terlibat/pernah terlibat dalam sebarang scene yang memerlukan sebuah material yang akan membuatkan kamu banyak membuat pergerakan fizikal, ada kamera macam GoPro memang seronok. Kalau kamu berbasikal prewel mati misalnya, kalau ada GoPro boleh la nak buat video POV kamu buat skid, trackstand ataupun yang paling feymes, Traffic Bombing atau istilah yang lebih popular, Cilok. Aku paling teruja kalau tonton video Traffic Bombing lagi-lagi dapat yang jenis POV. Paling menerujakan bagi aku, sudah pasti video Lucas Brunelle; Line of sight. Tengok mat salleh cilok-cilok sekitar bandaraya New York memang buat aku agak terpaku. Memang tak takut mampus. Mungkin mak bapak mereka terlupa nak ajar mereka yang manusia sememangnya boleh mati.
2. Rakam underwater scenery
- Kalau kamu pergi bercuti di kawasan pulau, paling tidaknya selian berselfie, gunakan la GoPro yang kamu ada untuk rakam underwater scenery semasa mandi. Setidaknya kalau masih berselfie walaupun didalam air tanpa risau risiko untuk lemas, selfie kamu akan tampil lebih berseni. Buat la rakaman kamu sedang terjun kedalam air ke, video kamu sedang cuba menyelamatkan terumbu karang ataupun video kamu sedang mengutip sampah didalam air sebagai tanda solidariti terhadap hidupan marin. Ini tidak, aku tak faham betul apa yang ada dalam otak pemilik kamera GoPro yang memang hidup untuk selfie. Tiga hari duduk Tioman, tiga-tiga hari dia bantai berselfie semata-mata untuk muat naik ke Instagram. Memang aku tak boleh terima.
3. Rakam aksi berjimak dalam genre POV
- Yang ini paling penting. Mungkin ada yang belum pernah/acah-acah belum pernah tonton video porno POV, tak ada masalah. Lepasni boleh google. Mungkin dalam situasi kamu pergi melancong dan terlupa bawa pasangan, jadi kalau terdesak.Apa salahnya pancing lelaki/perempuan yang kamu jumpa di pusat peranginan untuk dijadikan "sleeping pertner." (aku maksudkan teman tidur, bukan sleeping partner dalam bisnes.). Jadi, dengan adanya kamera macam GoPro, bolehlah kamu rakamkan saat-saat indah tersebut (apa yang kau nak buat dengan video tersebut lepastu, aku taknak camppur). Sekurang-kurangnya bila kamu pulang kerumah dan terlupa nak beli cenderamata paling tak kamu sudah ada "souvenir".Tapi katakanlah kamu mahu buat seks dalam situasi yang mencabar seperti dalam kereta kompak ataupun ditengah-tengah paya di Everglades, GoPro sememangnya idea yang baik bagi mengurangkan kesan gegaran seperti yang kita dapat lihat dalam video-video seperti "Aduh_amoi.3gp","Kain biRu.3gp" dan se.3gp dengannya.Boleh la kamu tonton tanpa rasa menyesal atau setidaknya dapat mengurangkan penyesalan sekiranya perbuatan kamu diketahui orang ramai. Tapi bagi aku, porno genre POV bukanlah sesuatu yang menarik untuk ditonton melainkan kamu terlibat secara langsung dengan rakaman aksi tersebut. Aku mungkin lebih minat genre porno yang bertemakan real love . Moaning lebih real, lebih banyak bercumbu berbanding adegan-adegan tipikal genre-genre porno yang lain dan yang paling penting, facial expression yang power konon-konon macam betul-betul buat seks atas dasar cinta. Serius lah, what is sex without love?; plain, empty intercourse. Nafsu semata. Bosan, kurang feel dan menjurus kepada penceraian.
Jadi, aku rasa mungkin setakat ini sahaja. Kalau aku nampak lagi specimen yang baru, aku akan tulis.
P/s: Jangan cuba cadangan ketiga dengan isteri orang, makwe orang ataupun makcik sendiri (incase makcik korang macam Maria Farida. Kalau macam Wan Maimunah, lupakan sahaja)