Aku rasa entri kali ni memang agak lewat untuk mengupas tahun 2015. Tapi apapun,tahun 2015 sememangnya satu tahun yang mencabar. Banyak juga isu-isu dan perkara yang telah berjaya menarik perhatian aku baik dari seremeh-remeh isu macam isu salib, isu couple islamik sampai lah ke isu-isu nasional macam IMDB,vape, dan isu Plaza Lowyat (dua isu terakhir bukanlah isu nasional, tapi sengaja dinasionalkan bagi menyahnasionalkan isu nasional yang sebenar). Tapi bagaimanapun, untuk entri kali ini aku takkan kupas isu nasional yang penting sebab benda-benda macamni memerlukan aku untuk benar-benar meneliti rentetan dan benda jadah lain yang terjadi dalam sesuatu isu bagi memastikan tulisan aku betul-betul berkualitas untuk dibaca, dibahas dan diulas semula, ataupun dibuat-buat baca sahaja. Macam biasa, isu-isu yang akan dibincangkan di laman ini selalunya isu masayarakat yang tak seberapa nak penting dan signifikan (sesuai dengan matlamat aku menjadikan laman ni sesuatu yang sangat tak berguna pada masyarakat). Secara peribadi, 2015 pada aku adalah tahun penuh gelora,gelodak,ups and downs dan bermacam lagi perkataan yang kamu boleh gunakan untuk gambarkan liku-liku kehidupan seorang pelajar, tapi kadang-kadang terpaksa hadapi taik yang seorang lelaki pertengahan 30an hadapi. Antara yang paling sulit ialah mengalami kekeliruan sama ada untuk terus memboikot kerajaan sedia ada dengan cara membeli rokok yang tak kena cukai ataupun tukar cara baru macam menulis karya-karya sosialism beraliran Marxism serta terbit dan edarkan secara percuma kepada orang ramai. Memandangkan aku rasa malas sikit masatu, jadi aku pun teruskan dengan cara konvensional aku, dengan membeli lebih banyak rokok yang "terlepas" cukai. Baiklah, aku pun dah rasa bahagian intro ni dah agak panjang berbanding tulisan-tulisan lepas, jadi marilah kita ke kupasan yang pertama.
Kemunculan feminis yang lebih galak
Pada awalnya, aku memang rasa aliran feminisme ni adalah sesuatu yang relevan dan baik bagi meneutralkan bilangan dan hak jantina untuk golongan wanita agar tiada lagi diskriminasi jantina. Justeru,sistem meritokrasi mana-mana organisasi dalam negara takkan tercemar dengan perbezaan jantina (mungkin juga akan wujud, tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan contohnya wanita mengandung dalam bidang-bidang yang memerlukan ketahanan fizikal). Bila muncul isu-isu begini yang pada suatu skala menjadi isu yang sangat penting dalam sesebuah negara pada otak aku ada 3 benda iaitu safety,education,healthcare yang juga merupakan antara asas utama dalam membangunkan sesebuah negara. Tapi bila aku fikirkan semula, tak adalah pulak kerajaan/mana-mana organisasi yang mengenakan diskriminasi jantina dalam heathcare. Belum ada lagi rasanya hospital yang menahan wanita yang dah separuh jalan bersalin dari masuk wad semata-mata nak kasi laluan untuk seorang mat motor yang cedera ringan akibat layan kona. Keselamatan, ada la sikit.Contohnya para neo-feminist ni mempersoalkan keselamatan wanita terutama di tempat kerja dan tempat awam dari mengalami gangguan seperti ada orang cakap "Hi" (Kahkahkah). Tapi sebenarnya, aku dapat lihat banyak juga langkah yang kerajaan dah ambil untuk mempertingkatkan lagi keselamatan golongan wanita (Fuh,aku puji kerajaan). Sebagai contoh, KTM dan LRT pun dah ada koc untuk wanita, dekat kebanyakan pusat beli-belah pun kita dah boleh nampak wujudnya tempat letak kereta yang memang dikhaskan untuk wanita sahaja. Dari segi pendidikan, aku memang tak rasa wanita kena diskriminasi. Pelajar perempuan pun lagi ramai dari pelajar lelaki. Dari segi peluang pekerjaan mungkin ada la sedikit, contohnya bengkel motor yang kurang berminat nak ambil mekanik perempuan dan beberapa bidang pekerjaan lain yang mengurangkan kuota dan permintaan mereka terhadap buruh wanita atas faktor tertentu seperti telah berkahwin. Jadi, kalau dah semua ok, amenda je sebenarnya yang feminis ni perjuangkan? Pada aku, tak ada apa sangat pun. Isu mereka mungkin sekali tertumpu kepada isu akhlak dan perlakuan. Feminist pada 2015 mahukan kebebasan dalam berakhlak. Mereka mahu merokok, menghisap vape dengan rileks, serta memakai kain skirt sependek mungkin tanpa ada orang yang menjeling langsung. Mereka inginkan untuk tidak berbaju ditempat awam dan dalam masa yang sama tidak mahu dirogol,disumbaleweng,mahupun dijengah. Ini lah sebenarnya yang benar-benar dimahukan oleh neo-feminist bagi tahun 2015. Rata-rata feminist jenis ini, kita lihat majoritinya berada dalam usia akhir belasan tahun dan lingkungan 20an, dan berakhlak serta berketerampilan kurang disenangi untuk first impression. Kalau kamu perhatikan, feminist jenis ini gaya pemakaiannya lebih kurang sama. Gemarkan sesuatu yang agak ironic seperti tindikan revolusionari ditempat-tempat yang kurang wajar, mewarnakan rambut dengan warna janggal dan yang paling menjadi tanda utuh seorang feminist sejak zaman berzaman ialah rambut pendek ala Pink ataupun Miley Cyrus. Kesimpulannya,aku rasa feminist pada 2015 hanya mahukan perhatian umum dengan mengetengahkan isu-isu yang kurang penting dan dipentingkan. Golongan ini juga seringkali menggunakan terminologi "Meleis" yang merujuk kepada segolongan bangsa Melayu yang mereka rasakan berpemikiran kolot dan tidak kedepan. Frasa "Educate yourself" menjadi wajah rasmi mereka dalam menegur golongan-golongan yang tidak sealiran dengan mereka tak kiralah secara ofensif mahupun melalui pendekatan hikmah (Imam muda,gitu). Kesimpulannya lagi, feminisme 2015 hanyalah cakap-cakap menuding jari sana-sini sahaja dan tiada tindakan yang lebih konkrit diambil. They don't walk their talks, itulah dianya. Tapi apapun, pada aku selagi mereka tak memaksa dan menonyoh masyarakat untuk menjadi sealiran dengan mereka, mereka berhak menyuarakan pendapat dan ideologi mereka.
Kemunculan minuman yang dijual dalam cawan saiz luarbiasa besar
Kali pertama aku minum minuman jenis ini ialah di Kg. Raja Uda, Klang dari jenama (patut ke aku panggil jenama?) "Tea Rex". Memang sedap,saiz cawan yang luarbiasa besar,dan (nampak) banyak. Mulanya aku memang ingat minuman dengan rasa yang boleh tahan sedap disertakan dengan isipadu yang (nampak) banyak ni memang trademark kedai ini sahaja. Tapi tak lama lepas itu, aku nampak banyak pulak orang mula meniaga benda alah ni. Secara tiba-tiba jadi hype gila babi. Mungkin sifat masyarakat kita yang memang gemarkan perkara-perkara yang hyped dan viral jadi punca kegalakan ketumbuhan peniaga-peniaga kecil yang menjual minuman jenis ini. Kalau kita ambil contoh makanan-makanan yang merupakan antara makanan terawal yang menjadi hype dan viral dalam masyarakat kita macam Pavlova, kek Red velvet (yang ini,aku suka), Crepe, makanan tempatan yang ditambah elemen barat macam Goreng Pisang Cheese dan Murtabak Cheese, aiskrim pasu, dan sekarang, minuman yang rasanya boleh tahan sedap dengan isipadu yang (nampak) banyak dan dijual dalam cawan bersaiz luarbiasa besar. Dan semua perniagaan makanan yang hyped ini kebanyakannya tidak bertahan lama disebabkan pasaran yang terlalu lepu dan kurang variasi dalam produk. Mungkin ada beberapa peniaga yang masih bertahan dengan perniagaan ini dan siap ada yang lagi besarkan perniagaan jadi macam francais pun ada, Antaranya ialah Goreng Pisang Cheese GorPis di Damansara, Pirate Coffee yang aku dapat lihat boleh tahan menjadi-jadi, dan juga Murtabak Cheese Majid No.1 di Johor Bahru (tak silap aku, pemilik kedai ni dah siap patenkan murtabak cheese ni jadi trademark dia). Tapi, minuman dengan cawan bersaiz luarbiasa besar ini sedikit mengecewakan aku sebab kuantitinya yang nampak sahaja banyak, tapi sebenarnya, macam biasa, ais sahaja yang berlambak, base dia memang sikit. 3 suku cawan sahaja. Kecewa sial.
![]() |
Contoh minumaan dengan saiz cawan luarbiasa besar dan isipadu yang (nampak) banyak. |
Humble brag
Dengan kenaikan populariti media sosial macam Twitter dan Instagram yang memang mendadak sejak 2013, berita tentang sesuatu isu memang akan tersebar dengan pantas. Macam media-media sosial yang kita pernah guna dulu, ada sesuatu yang buatkan kita rasa seronok untuk menggunakan media sosial. Macam MySpace misalnya, kita memang seronok mengumpul komen di gambar-gambar yang memang kita akan gelak kalau tengok balik pada tahun 2016 yang kita pernah upload satu masa dulu. Sama juga dengan dua media sosial paling utama untuk 2015: Twitter dan Instagram. Dan bagi media sosial Twitter, perkara yang paling orang seronok kumpul ialah jumlah Retweets. Baiklah, semua dekat atas ni tadi cerita lain. Yang aku nak kupas sebenarnya ialah, perangai Humble Brag yang kelihatan semakin ketara dalam media-media sosial. Bagi yang kurang jelas mengenai definisi Humble Brag ini, terminologi ini merujuk kepada perangai sesetengah masyarakat kita yang ingin bersifat riak dan takbur atas pencapaian/kelakuan mereka, tapi dengan cara merendah diri (nampak macam merendah diri). Perangai Humble Brag ni aku perhatikan ada beberapa jenis, tapi yang paling mudah ialah jenis secara direct Humble Bragnya ataupun secara indirect. Pernyataan dibawah mungkin sekali contoh-contoh Humble Brag yang paling lazim aku pernah nampak di laman sosial.
"Budak-budak U sekarang pemalas! tau semua benda nak senang aje, asyik la mintak scholarship. Aku dulu pernah berniaga gula-gula kapas semata-mata nak survuve dekat U. Boleh aje skor cgpa 3.8 dan terus diambil bekerja dengan Kencana Petroleum,sebuah syarikat peneraju dalam oil and gas!"
"Aku ada Degree dari UM, Master dari Yale dan PhD dari Oxford. Pernah juga buat seketika aku menuntut dengan Shaikh Soleh Al-Auta di Al Azhar. Tapi disebabkan kerajaan tak efisien, aku menganggur."
Jadi, dialog diatas mungkin sekali kamu pernah nampak dalam mana-mana media sosial. Walaupun kadang-kadang bottom line dia betul dan relevan, tapi sikap Humble Brag ni aku perhatikan dah jadi macam budaya lah pulak dalam memberikan nasihat kepada anak-anak/orang muda/ mahasiswa/ orang tak kuat agama/ pelajar dengan keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan. Ayat macam "Aku dulu lagi susah dari kau" dan "Kau ni manja sangat" yang memang dah menjadi ayat lazim masyarakat kita dalam memberikan nasihat, kini ditambah lagi dengan pont of bragging yang kononnya inspirational macam menayangkan sijil yang pernah diperolehi dan harta yang sedang dimiliki yang sebenarnya akan membuatkan pihak yang dinasihat rasa agak down dengan diri senidiri. Nasihat aku, kalau nak nasihatkan orang, ingatlah yang tak semua orang akan berada dalam situasi kita dahulu, dengan peluang yang kita pernah ada dahulu (ini kali pertama rasanya aku tulis satu ayat yang sangat membina dalam blog ni,fuhh).
Kemerosotan penggayaan seluar senteng
Apa yang aku perhatikan sepanjang ketiga-tiga suku tahunan bagi 2015, penggayaan seluar senteng dalam masyarakat mengalami kemerosotan berskala kecil. Kalau dulu (tak ada lah dulu sangat) aku ke Kuala Lumpur dan beberapa urban hotspots macam Bangsar dan SS/15, gaya seluar senteng yang dipadankan sama ada dengan stokin atau tanpa stokin memang popular. Tapi pada suku ketiga 2015, aku jarang sekali dapat melihat trend ini digayakan. Ada, tapi tak sekerap dulu. Aku pun sebenarnya kurang faham kenapa, tapi aku suka juga dengan penggayaan seluar senteng ni. Tapi nasihat aku, tolonglah jangan gayakan seluar senteng kamu dengan moccasin. Nampak macam gigolo yang mainstream superior tapi berlagak ada citarasa fesyen tersendiri. Melainkan kalau memang imej sebegitu adalah objektif sebenar kamu dalam berfesyen,silakan. Kalau kita perhatikan penggayaan seluar senteng ni, kali pertama aku lihat adalah pada tahun 2008 dalam majalah Galaxie yang digayakan oleh sebuah band yang aku sendiri dah tak ingat. Seluar senteng pada tahun ini digayakan dengan sepasang Vans Zapato Del Barco. Pada tahun 2009 dan 2010 penggayaan fesyen seluar senteng mengalami populariti yang agak mendadak lagi-lagi dengan kemunculan basikal Fixed Gear yang membuatkan fesyen seluar senteng lebih praktikal dan nampak fungsinya selain hanya untuk bergaya semata-mata. Dan tahun ini juga berlakunya pendadakan dalam jumlah orang yang menggayakan seluar senteng dengan sepasang kasut boat shoe dari jenama Sperry Topsider dan juga Sebago Docksides dan beberapa lagi jenama lain. Untuk tahun 2011, pemgaplikasian fesyen seluar senteng diteruskan lagi dengan padanan boat shoe cuma tahun ini menunjukkan kenaikan populariti jenama Vans lagi-lagi model Zapato Del Barco yang direka dalam bentuk boat shoe cuma dengan material kanvas dan juga tapak tanpa corak yang boleh menyebabkan kamu jatuh tergolek kalau-kalau berjalan di jalan yang licin dan berair. Pada pendapat aku, penggayaan seluar senteng dipadankan dengan Zapato ni meraih populariti mungkin sebab kos bagi mendapatkannya lebih murah sebagai alternatif kepada boat shoe sebenar yang harganya agak mahal . Beralih ke tahun 2012, populariti boat shoe yang dipadankan dengan seluar senteng semakin merosot berikutan masyarakat sudah beralih ke arah memadankan seluar senteng dengan kasut sukan yang boleh buat jalan-jalan macam Nike Lunar Vintage, New Balance 574, dan macam-macam lagi kasut sukan moden dan klasik dengan lebih fungsi fesyen berbanding fungsi sukan. Gaya ini aku perhatikan berterusan dengan agak lama sehinggalah awal/pertengahan 2015 yang mana masyarakat mula beralih kepada memadankan seluar senteng dengan sepasang basic sneaker macam Chuck Taylor, Vans Authentic, Jack Purcell, Tretorn Nylite dan macam-macam lagi. Perkara ini mungkin juga akibat dari kelepuan pasaran kasut sukan hype. Warna yang dipilih untuk dipadankan juga warna-warna universal dan sangat lah asas macam hitam, putih, kelabu dan putih kekuningan. Dan semenjak munculnya gaya ini, aku perhatikan perlahan-lahan masyarakat mula meninggalkan fesyen seluar senteng agar nampak lebih asas. Basic is the new black. Untuk tempoh mendatang, aku masih belum mampu ramalkan, mungkin untuk kelihatan lebih asas masyarakat mula untuk berjalan tanpa selipar, kemudian tanpa baju, dan akhirnya telanjang bulat sambil berjalan-jalan di Bukit Bintang tapi pakai Wayfarer untuk tambah sedikit gaya. Siapa tahu?
Jadi aku rasa, mungkin sampai takat ini sahaja yang aku mampu kupas tentang perihal yang agak kurang berguna yang dapat aku perhatikan sepanjang tahun 2015. Aku harap, dengan entri ini, pembaca yang rasa diri mereka sangat dihargai, dan selalu mencurahkan bakti kepada masyarakat akan berasa sedikit kurang berguna terhadap diri sendiri, bersesuaian dengan matlamat aku untuk membentuk masyarakat kurang berguna bagi memacu negara maju menjelang pemerolehan status negara maju tahun 2020. Sekiranya terdapat sebarang ketidakpuashatian atau komen, sila pendamkan dalam hati sebab aku taknak dengar. Terima kasih.
Jadi aku rasa, mungkin sampai takat ini sahaja yang aku mampu kupas tentang perihal yang agak kurang berguna yang dapat aku perhatikan sepanjang tahun 2015. Aku harap, dengan entri ini, pembaca yang rasa diri mereka sangat dihargai, dan selalu mencurahkan bakti kepada masyarakat akan berasa sedikit kurang berguna terhadap diri sendiri, bersesuaian dengan matlamat aku untuk membentuk masyarakat kurang berguna bagi memacu negara maju menjelang pemerolehan status negara maju tahun 2020. Sekiranya terdapat sebarang ketidakpuashatian atau komen, sila pendamkan dalam hati sebab aku taknak dengar. Terima kasih.